? ??????????????Blue Haze? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (60 Ratings)??11 Grabs Today. 9402 Total Grabs. ???
???Get the Code?? ?? ?????Kissed? ????? ?????? ???Rating: 4.0 (1 Rating)??10 Grabs Today. 301 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Glowing Love? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??10 CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Thursday, April 9, 2009

.....ZaM ZaM aLa KaZaM.....


NAMA : DR.NORMALIZA BINTI ABDUL RAHIM
TARIKH LAHIR : 7.OKTOBER.1961
KERJAYA : PENSYARAH DI FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KELULUSAN : Ph.D( Nottingham, UK)M.ScB.Ed(TESL)Cert.in Education ( Malaya)Cert.in ICT ( Cambridge)Cert in IT (London)

---KeTiKa DaN KaLiMaT---BACALAH......

Assalamualaikum dan juga selamat sejahtera kepada semua. Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pensyarah bagi khusus BBM 3410 iaitu Dr Normaliza Binti Abd Rahim dan juga Tutor bagi khusus ini iaitu Cik Aliya. Semester ini merupakan semester yang terakhir untuk aku bergelar belajar bacelor di UPM ini. Oleh itu secara jujurnya aku menginginkan satu khusus yang mudah untuk aku mendapat A dan secara tidak langsung akan dapat meningkatkan lagi pointer aku untuk bacelor ini. Aku selalu bertanya pada senior-senior apakah subjek yang senang untuk kita score dan dapat markah dengan mudah. Aku ingat lagi, Farizi senior yang boleh aku anggap sebagai kawan baik jugalah. Dialah yang memberitahu aku untuk mengambil khusus-khusus yang tertentu untuk semester akhir ini. Memandangkan hendak kena buat projek bachelor lagi, untuk itu aku perlukan satu khusus yang tidak terlalu banyak sangat kerjanya dan mudah untuk dapat A.

Sewaktu aku hendak mendaftar subjek ini, aku terjumpa pula Syuq. Syuq budak penyiaran yang sama juga macam aku, baru habis praktikal dan dalam semester akhir sekarang ini. Aku bertanya pada Syuq, apa subjek yang dia ambil semester ini. Rupa-rupanya dia pun mengambil khusus Seni Lakon, Bahasa Dalam Multimedia Dan Persembahan Solo. Maknanya tiga khusus aku sama dengan si Syuq ni. Oklah itu, bukan aku pentingkan ada kawan atau tidak dalam kelas tu nanti. Yang penting akhir semester nanti aku dapat A. Syuq pun cakap benda yang sama dengan aku, akhir semester ini kita kena score, 4.00 flat kena dapat. Maklumlah dah enam tahun kat UPM ni sekali 4 flat pun aku tak pernah dapat. Berbalik kepada cerita aku dengan Syuq tadi, rupa-rupanya dia cakap subjek multimedia ini ramai budak bahasa sebab khusuh ni YW bagi budak bahasa. Aduh..aku dah pening dah waktu tu..Budak KELANTAN ?...Bahasa Arab?..Sebab aku tak selesa sikit dengan budak-budak bahasa arab ini. Maklumlah dengan cara dan personaliti aku. Aku tau memang dah ramai yang nak kutuk-kutuk aku. Tapi jujurnya dah memang cara aku macam ini. Takkan aku nak jadik hipokrit pulak, depan ma ayah aku pun aku macam gini jugak. Takkanlah depan dorang aku nak cover-cover ?..Nonsense ler kan ?

Lagi satu, selain bertanya berkenaan dengan kawan-kawan yang akan mengambil subjek Bahasa Multimedia ini. Aku juga bertanyalah pada senior-senior macam mana agaknya cara Dr Normaliza mengajar. Ramai yang cakap kita senang untuk mendapat A, kelas enjoy. Tapi korang tak boleh datang lambat dan sekali pun korang tak boleh ponteng, melainkan korang terlantar kat hospital. Pergghhh…beratkan?..Tapi aku nak A. Jadi aku ambil sahaja risiko dan terus tak gugurkan subjek Bahasa Multimedia ni. Siap ditambah dengan Seni Lakon lagi. Tidak mengapalah yang pasti nanti senanglah nak dapat A. Aku pun kempenkan jugalah pada kawan-kawan komunikasi aku untuk ambil subjek ini. Aku pun ajaklah Ida, Eja, Miro, Ecam, dengan Serit. Sebab aku tahu nanti ada assignment utama bagi subjek ini yang mana setiap kumpulan kena buat amal pergi ke rumah kebajikan. So senanglah aku nanti kalau ada kawan-kawan satu course. Dengan budak bahasakan aku tak kenal sangat. Mula-mula dorang macam tak nak jugalah nak ambil kelas ini, tapi bila aku cakap senang dapat A barulah dorang nak. Yess….Maksudnya ada jugalah kawan-kawan yang satu kepala dengan aku dalam kelas tu nanti..

Bila bermulanya kelas yang pertama terus ada kerja kumpulan yang hendak dibuat. Dr Normaliza siap pesan lagi, setiap kerja atau pemberitahuan silalah selalu tengok kat depan pintu bilik Dr untuk tahu apa yang perlu dibuat setiap minggu. Sekarang ini nak cerita pula pasal budak bahasa ini, masuk aje kelas tu aku tengok…mak oiii!!! Ramai juga orang. Tapi nasib aku baik, sebab bukan budak bahasa arab yang banyak tapi budak bahasa dan liguastik dan bahasa sastera melayu yang ramai. Oklah tu. Tapi masuk ajer sumer dah pandang semacam. Nak buat mcam mana kawan-kawan dah memang cara aku macam ni P.O.Y.O. Aku sebenarnya memang tak suka duduk kat belakang. Tapi sebab waktu itu aku datang lambat sikit, kawan-kawan aku pun datang lewat terpaksalah duduk kat belakang. Tak ada sesiapa pula yang dapat copkan tempat untuk kami. Sedangkan aku bukannya suka duduk belakang pun. Masuk ajer kelas tu tepat pukul 12.00 tengah hari Dr Normaliza pun masuk. Ohhhh!!! Memang Dr Normaliza pentingkan ketepatan masa rupanya.

Kerja kumpulan yang pertama kami kena buat ialah berkenaan dengan nak buat iklan keseimbanganlah, warnalah, tekslah. Lebih kurang maca itulah tugasan pertama aku yang aku dan kumpulan aku kena buat. Waktu itu dalam kumpulan ku ada 6 orang iaitu Ida, Miro, Syuq, Eja, Serit dan aku sendiri. Kami pun berpakatlah dan berbincang untuk buat kerja-kerja yang terbaik. Supaya tak lah rasa malu nanti dengan budak bahasa. Sebabkan kumpulan kami aje yang dari budak komunikasi rasa tertekan jugalah nak kena buat banyak benda. Hendak tak hendak kepala otak ni kena fikirkan juga apa yang patut aku buat untuk berikan hasil yang terbaik. Setiap kumpulan tak boleh melebihi dari enam orang. Maksudnya Ecam tak dapat join kumpulan kami. Lagi pun dia lambat datang. Bila Ecam sampai dalam kelas, puas jugalah nak pujuk Dr Normaliza untuk membenarkan si Ecam tu join kumpulan kami. Tapi Dr Normaliza ni memang susah nak pujuk. Jadi terpaksalah Ecam join kumpulan lain. Maksudnya Ecam kena join dengan budak bahasa ler.

Kami kena siapkan tugasan yang pertama pada hari itu juga, maknanya sebelum pukul 2 petang setiap tugasan yang diberi dah kena hantar. Adoi…sempat ker?..Tapi oklah…siap kami hiaskan dengan kilat-kilat lagi walaupun Dr Normaliza tak suruh bawak pun glitter untuk cantikkan kerja itu. Tapi aku rasa kami kena kreatif, mana boleh sama dengan budak bahasa. Biar lain dari yang lain. Baru senang nak dapat markah tinggi dan Dr pun senang nak ingat kumpulan kami. Kelam- kabut jugalah nak siapkan tugasan itu, tapi nasib baik ada kawan-kawan kumpulan yang dah bahagikan tugasan dengan sama banyak dan buat kerja bersama-sama sebelum pukul dua dah pun siap tugasan kami.

Tekanan tau nak amik kelas ini. Memang tekanan jugalah tak boleh datang lambat, tak boleh tak datang, kerja kena on time atau tepat pada masa. Tapi di sebabkan nak A kenalah tahankan aje. Lepas aje kelas yang pertama tu, aku dapat tahu yang si Serit dah gugurkan pula subjek tu. Maksudnya dia tak amik kelas tu ler. Sebab dia malas nak buat assignment yang tiap minggu kami kena buat. Adoiii….Kami dah kurang satu ahli ni. Nak ajak Ecam dah tak boleh sebab dia dah join kumpulan lain. Ramai awek lagi, lagi pun Ecam pun aku tengok suka jer dapat join kumpulan tu, kerja tak banyak sebab budak perempuankan banyak dalam kumpulan dia.Heheheheh. Aku ada jugalah pujuk-pujuk si Serit tu untuk join kumpulan ini. Tapi Serit tetap tak mahu ambil juga khusus ini lagi. Dia cakap dia banyak kerja, lagi pun kelas ini ada amali lagi dan kelas hari-hari ada tugasan, Serit cakap dia malas.

Lagi satu waktu dalam kelas, Dr Normaliza suruh salin nota dengan menggunakan kamera kenalah bawak kamera kalau nak nota. Tapi aku ni manalah ader duit nak beli kamera digital, orang nampak jek aku ni macam ada duit tapi sebenarnya mana ada. Makan pun satu hari sekali. Ni kan pula nak beli kamera digital. Sebab cara Dr Normaliza mengajar memang cepat dier cakap cepat, tukar slide cepat nak salin pun conform memang tak sempat. Jadi ada jugalah aku kena duduk depan. Sebab nak tengok nota-nota dengan lebih dekat dan nak salin sikit-sikit walaupun bukan semua.

Didalam kelas multimedia ini sebenarnya memang banyak sangat-sangat tugasan yang diberikan berkenaan dengan komputer ini. Antara tugasan yang kami kena buat ialah seperti belajar menggunakan Adobe Photoshop, Front page, Slide show dan juga macam mana hendak membuat papan iklan. Bagi aku, ada sesetengah tugasan tu memanglah berkaitan denga subjek multimedia. Tapi ada sesetengahnya macam tidak sesuai dengan kursus Multimedia ini. Tugasan yang berkaitan dengan Adobe Photohop ialah kami di kehendaki untuk membuat kalendar melalui gambar-gambar yang wajib untuk kita edit. Puas aku kena fikirkan konsep yang ingin aku tonjolkan. Dan akhirnya Cik Aliya suka juga dengan konsep kalendar yang aku nak buat, aku editkan gambar aku dengan Justin Timberlake.Hahahah...idola aku Justin tu, Kalendar dari bulan januari sampai ke disember aku kena buat editing dan letak gambar aku dengan justin dengan gaya yang sama.Hehehe.

Bagi tugasan front page pula kami semua kami ditugaskan untuk membuat laman web..Dan yang paling penting kena buat lebih dari sepuluh muka surat. Tugasan lagi, tugasan demi tugasan. Yang dulu tak siap-siap. Dapat pula tugasan baru. Sampaikan kadang-kadang nak give up pun ada. Tapi aku ingatkan diri aku nak dapat A. Dalam front page tu pula, aku telah membuat beberapa percaturan, iaitu aku bahagikan front page tu kepada beberapa bahagian. Iaitu ada bahagian biodata aku, bahagian untuk keluarga aku, bahagian aku dengan bakal isteri aku, pasal pelajaran, pasal PutraFM pun aku letak juga. Penat..Aku dah penat dengan semua tugasan. Walaupun pada awalnya satu haram pun aku tak tau berkenaan dengan front page. Tapi bila dah terpaksa tahu jugalah aku nak buat front page macam mana nanti. Lebih kurang 10 muka surat aku buat untuk front page tu. Dan akhirnya dapat juga aku siapkan ugasan yang diamanahkan kepada aku. Yang paling penting adalah Cik Aliya berpuas hati dengan tugasan yang dibuat oleh aku. Sebab pada awal-awalnya Cik Aliya ingat aku tidak dapat siapkan tugasan yang diberi. Yang paling penting Cik Aliya cakap bagus.

Bila menyebut berkenaan dengan nama Cik Aliya ni. Cik Aliya ini orang yang agak tegas atau garang pada awalnya kalau kita tidak kenal. Tambahan pula sewaktu kelas tutorial yang pertama aku tidak dapat datang. Waktu itu aku mewakili UPM untuk Festival Filem antara IPT peringkat kebangsaan. Aku cuba mencari Cik Aliya di bilik Dr Normaliza tetapi tidak ada pula. Jadi pada minggu seterusnya sewaktu kelas tutorial Cik Aliya ada bertanya kenapa aku tidak datang sewaktu kelas tutorial yang pertama. Tetapi nasib baik alasan aku di terima. Rupanya bukan aku sahaja yang tidak datang, tetapi Eja pun tidak datang juga. Sebab ikutkan, kami bukan kelas tutorial pada waktu malam tetapi pada waktu petang. Disebabkan kelas di sebelah petang telah penuh jadi kami yang lambat mendaftar ni diletakkan di kelas malam. Dengan Cik Aliya, yang mana seorang yang juga mementingkan ketepatan masa untuk datang ke kelas. Kesian juga aku tengok kawan-kawan yang lewat kena berdiri di depan makmal komputer tu. Tapi betul juga cara Cik Aliya, sebenarnay ia bertujuan untuk mengelakkan daripada pelajar datang lambat ke kelas. Bukan sahaja akan menggangu Cik Aliya, malahan ia akan mengganggu pelajar-pelajar lain juga. Aku ingat lagi apa yang diperkatakan oleh Cik Aliya dan Dr Normaliza, ‘sekiranya anda tidak dapat datang ke kelas atau tutorial sila maklumkan dengan sms ke nombor telefon bimbit mereka. Sepanjang 6 tahun aku belajar di UPM ni, inilah kali pertama aku berjumpa dengan lecturer dan tutor yang begitu mementingkan kehadiran pelajar. Kalau kami ingkar dianggap biadap.
Tapi bila dah sampai ke penghujung semester ini, baru aku rasa sangat sedih apabila aku dapat merasakan kesan daripada peraturan yang di buat oleh Cik Aliya dan Dr Normaliza amat berguna untuk aku praktikkan lepas aku bergraduat nanti. Thanks Cik Aliya, Thanks juga Dr Normaliza, jasa kalian memang tak akan dapat Nor Hafis lupakan sampai bila-bila. Oh ya...sentimental pula aku sekejap..Tapi itulah realitinya sepanjang semester ini aku bukan sahaja belajar berkenaan dengan pelajaran tapi aku juga belajar berkenaan dengan erti kehidupan dengan dua orang insan yang mengajar aku untuk semester ini. Aku tidak pandai nak berdrama depan mereka, tapi itulah cara aku. Yang mana kalau dinilai dari luar nampak macam ganas tapi sebenarnya hati kaca.

Tapi bagi aku tugasan untuk membuat katalog yang di reka produknya sendiri itu juga agak berat. Kumpulan aku buat produk sukan, pergghh...konon-kononya baguslah..kami pun mulalah buat perancangan dan bahagi-bahagikan tugas. Produk yang kami buat dipanggil produk X dengan tema choose the right...kiranya macam Nike ler. Bila dah planning kesemuanya dan dah siap lukis, Dr Normaliza suruh hantar semua tugasan sebelum pukul 2. Tapi yang paling seronoknya bayangkanlah dari berbelas-belas kumpulan yang ada, kumpulan aku dengan kumpulan Ecam yang siap dulu. Siap keluar dengan muka poyo lagi. Tapi bila tibanya hendak hantar lukisan yang dibuat itu kepada Dr Normaliza, tiba-tiba kena reject/tolak pula. Sebab Dr Normaliza cakap yang lukisan kami tak nampak hidup dan tidak boleh bengkang bengkok kalau nak buat garisan lurus. Salah lagi !! Hendak buat macam mana lagi kenalah betulkan semula benda-benda yang salah dan kena dibuat semula itu. Nasib baiklah Ida pandai melukis, dialah yang betul-betulkan lukisan yang baru. Eja sibuk dengan jual perfumenya walau pun ada keje yang nak kena buat.hehehheheh.

Lepas dah beberapa lama kelas,. Dr Normaliza ada cakap yang tugasan penting untuk khusus ni ialah pergi buat kerja amal di rumah anak-anak yatim yang kat mana-mana ajer. Aku fikirkan nak pergi ke rumah keluarga susah ajer. Tapi Miro beria-ia nak buat kat rumah anak yatim Puchong. Siap nak join dengan group Ecam lagi. Maklumlah dorang memang berkawan baik. Puas jugaklah aku bagi hint-hint untuk buat kat rumah keluarga susah je, supaya tak sama dengan budak bahasa yang lain. Aku pun pergilah jumpa dengan Dr Normaliza, Dr Normaliza dah beri persetujuan, dia cakap ok jek. Tapi jangan buat lawatan ke sekolah-sekolah budak cacat sudahlah. Aku pun dah terbayanglah apa aktiviti yang boleh kita buat nanti dengan keluarga susah tu. Yang paling penting ialah macam mana nak buat video dan angle-angle yang hendak di shoot nanti. Sebab aktiviti tu perlu di rekodkan dan dipersembahkan di dalam kelas. Bila aku usulkan pada kumpulan dorang pun setuju jugaklah, tapi Miro cakap yang Ecam dah ajak kumpulan kami untuk join ke rumah anak yatim Puchong. So aku fikir-fikir ok jugalah join dengan budak-budak perempuan tu…Terpaksalah. Sebab dah tak ada pilihan lain yang boleh pakai dah.Lagi pun kumpulan Ecam pun ok jugak, awek ramai. Semangat sikit nak buat kerja-kerja nanti.

Setelah kami membuat perbincagan antara dua kumpulan tu,, maka kami dah buat keputusan yang kena bayar seorang RM60..Mana nak cari duit ni ?...hehehhehe….Aku pun cakaplah dengan dorang, sepatutnya kita tak perlu keluarkan duit. Kita kena cari sponsor dan gunakan duit sponsor tu untuk buat kerja-kerja amal tu. Tapi takkan aku asyik nak bantah ajer.Nanti apa pulak cakap kawan-kawan yang lainkan ? Aku ikutkan ajerlah, tapi setahu aku sejak dari dulu lagi assignment-assignment kumpulan memang tak pernah kena keluarkan duit. Tapi mungkin budak-budak kumpulan aku ni cara lain kot. Budak-budak ini semua banyak duit, bukan macam aku yang selalu ajer kekeringan. Aku pun cubalah cari sponsor juga untuk di bawa waktu lawatan nanti. Aku cuba buat surat dan hantar ke beberapa syarikat. Nak juga aku hantar dan minta pada kakak aku,untuk buat sedekah amal jariah kepada kanak-kanak di rumah limpahan kasih Puchong, tapi conformlah dia tak akan bagi sebab mengajuk dengan aku.

Jadi dengan tak berfikir panjang aku telefon dan bawak serta hantar surat-surat tu ke Utusan Karya Bangi dan Maestro. Memang susah juga hendak cari sponsor ni. Sebab banyak syarikat yang cakap, apa yang mereka akan dapat sekiranya membantu kami buat kerja amal untuk anak-anak kurang bernasib baik ini ? Tapi bagi company-company yang besar memang cukup senangler. Sebab tu aku dapat dua sponsor dari Maestro dan Utusan Karya. Majalah yang kami dapat sponsor ialah dari Utusan Karya (Mastika dan Kawan), Maestro pula bagi majalah Intrend. Oklah tu, dapat juga kumpulan kami bagi majalah pada adik-adik tu nanti. Tapi waktu itu, ada pula masalah. Aku kena berjumpa dengan orang yang nak bagi sponsor sewaktu kumpulan kami hendak adakan perjumpaan dengan Dr Normaliza. Aku pun dah beritahu kepada ketua kumpulan si Ecam dengan Erin. Dan mereka pun dah faham. Bila sahaja aku sampai kat syarikat tu, tiba-tiba Erin telefon dan cakap yang Dr Normaliza nak berjumpa dengan semua sekali. Macam mana pulak ni, dah ler sekarang ni aku kat KL nak bincang pasal barang sponsor.Waktu itu keadaan aku memang sudah tertekan sangat. Senang cakap ditelan mati ma dibuang mati ayah.

Aku pun cuba jugalah menelefon Dr Normaliza dan cakap perkara sebenar, tapi belum habis cakap Dr Normaliza dah marah-marah dan letak telefon sebab Dr Normaliza cakap banyak kerja. Waktu itu, hanya tuhan yang mampu. Waktu itu, satu ajer yang aku rasa, iaitu sedih dan macam-macam bercampur baur dalam hati ini. Aku rasa inilah dugaan yang aku terima, hendak buat kerja amal dan benda baik pun terlalu banyak pula dugaan yang datang. Tapi aku terpaksa terima semuanya. Itulah yang dinamakan sebagai dugaan dan cabaran dari tuhan. Waktu kat KL itu jugak lah bukan main ramai kawan-kawan dalam kumpulan aku yang telefon suruh balik. Ingat senang ker nak balik-balik macam tu ajer? Aku nekadkan diri aku, aku tetapkan juga berjumpa dengan wakil syarikat yang nak sponsor tu, Sebab bagi aku buat kerja jangan separuh jalan. Dan aku risau juga tiba-tiba syarikat tu cancel dan batalkan macam mana? Mana nak cari barang-barang yang hendak bagi pada adik-adik tu nanti?

Aku berjumpa juga dengan syarikat untuk memberi barang sponsor tu kepada kami. Dan tiba-tiba petang itu juga kami dapat majalah. Maestro bagi 120 buah majalah kepada kami. Satu lagi masalahnya, sebab aku dating naik motor. Kalau hendak telefon ahli-ahli kumpulan yang lain, conformlah akan lambat. Sebab semua banyak kerja. Dan aku dengan beraninya mengangkut 120 buah majalah itu naik ke atas motor. Punyalah berat, rasa macam hendak terbalik aje motor yang aku guna tu. Cuba bayangkan, dari Kuala Lumpur sampai ke bumi serdang ni aku naik motor ajer bawak majalah.Hehehehehe. Dan aku bawa motor sangatlah pelahan, hendak ke kiri dan ke kanan pun kena perlahan-lahan, takut-takut jatuh selambak pula majalah-majalah itu kat atas jalan raya. Lebih kurang dalam 45 minit naik motor dari Bandar Kuala Lumpur, barulah sampai ke Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi yang tercinta ini.

Sampai sahaja di Lata Siswa di fakulti, boleh pula budak-budak tu dah balik. Dan aku telefon Erin untuk ambil barang-barang di fakulti dan Erin cakap Dr Normaliza hendak buat perjumpaan pada hari lain pula. Oklah tu, sekurang-kurangnya Dr Normaliza masih lagi hendak buat perjumpaan. Apabila semuanya sudah selesai aku pun berjumpa dengan Dr Normaliza untuk memaklumkan perkara yang sebenar kepada Dr. Akhir sekali, sewaktu perjumpaan yang dah tertangguh tu dibuat, banyak jugalah kumpulan kami kena betulkan. Dan Dr Normaliza ada memberi beberapa perkara dan peringatan kepada kumpulan kami. Ialah, sebab kami membawa nama Universiti Putra Malaysia kepada orang luar. Teruk jugalah ketua kumpulan kami kena tegur dengan Dr Normaliza waktu itu, tapi aku memikirkannya kearah yang positif. Walaupun adakalanya aku tengok Dr Normaliza membantah apa yang aku cadangkan. Aku tidak tahu sama ada ketua kumpulan kami ini, jenis yang serius atau suka main-main sewaktu membuat kerja dan menjalankan tugasan.

Selepas sahaja kena tegur dengan Dr Normaliza berkenaan beberapa permasalahan yang telah kami sekumpulan buat. Dan akhirnya kami membuat perjumpaan sekali lagi untuk memastikan segala aktiviti dan program kami akan dapat berjalan dengan lancar. Diakhir meeting itu, aku ditugaskan di bahagian makanan dan tutorial. Dan kami telah sepakat hendak membeli Mc Donald sebagai jamuan untuk jamuan hari jadi bagi kanak-kanak di Rumah Limpahan Kasih Puchong. Dan bermacam-macam persiapan telah dirancang untuk membuat projek paling utama bagi khusus ini. Kami telah bersepakat untuk membeli kek untuk menyambut sambutan hari jadi di rumah anak-anak yatim itu nanti.

Pada tanggal 28 Mac 2009 seawal jam 8.00 pagi kami telah bertolak pergi ke rumah Limpahan Kasih Puchong. Perjalanan dari Serdang ke Puchong tidaklah mengambil masa yang agak lama. Kerana jarak yang agak dekat dengan UPM juga Puchong tu. Selepas 30 minit didalam kereta aku bersama-sama dengan ahli-ahli kumpulan aku yang lain pergi bersarapan dahulu di luar, memandangkan kami akan menjalankan tugasan selepas ini. Bersemangat dan berkobar-kobar sungguh kami pada waktu itu, memandangkan kami akan bertemu dengan adik-adik istimewa di rumah amal itu. Tetapi nampaknya tidak semua apa yang dirancang akan berlaku seperti apa yang dirancang. Sewaktu aku tiba diperkarangan rumah limpahan kasih itu, aku ternampak khemah terpasang di bahagian depan. Aku fikirkan mungkin disitulah acara yang akan kami jadualkan berlangsung. Rupa-rupanya tidak, pada hari yang sama itu sebenarnya pelajar-pelajar dari uitm juga akan dating untuk mengadakan aktiviti amal yang sama juga untuk rumah amal itu. Bayangkan lah dari 60 orang yang awal-awal dijanjikan, berkurangan menjadi 40 orang dan tiba-tiba pada hari kejadian hanya 20 orang anak-anak yatim itu yang datiang dan dapat bersama-sama dengan kami.

Perancangan yang telah dirancang sedikit terjejas kerana bukan semua penghuni Rumah Amal Limpahan Kasih itu yang akan dapat bersama-sama dengan kami. Tiba-tiba pengurus rumah amal itu datang kepada dan menyatakan bahawa kami terpaksa menjalankan aktiviti di asrama kanak-kanak perempuan memandangkan tiada tempat di asrama utama dan pejabat kerana bilangan pelajar uitm yang ramai pada hari itu. Perasaan aku pada hari itu amatlah sedih sekali kerana memandangkan hadiah-hadiah yang dibawa cukup untuk diberikan kepada 60 orang kanak-kanak di Rumah Amal Limpahan Kasih itu, tetapi hanya 20 orang sahaja yang dating. Mujurlah ahli-ahli kumpulan aku yang lain banyak membantu dan memberikan kata-kata semangat. Mereka mengatakan yang kita semua harus meneruskan segala perancangan yang dirancang sejak dari awal lagi. Setibanya kami disana rupa-rupanya asrama yang aku gambarkan seperti asrama-asrama lain tidak sama dengan apa yang aku duga. Bayangkan rumah teres dua tingakt di kawasan perumahan di Puchong itu yang menjadi asrama puteri. Lebih kurang 20 orang anak-anak yatim yang di tempatkan di asrama itu. Rumah yang tidaklah seberapa bear bagi aku itu di tempatkan seramai 20 orang?..cualah anda bayangkan.

Selepas itu, Ecam selaku pengarah untuk program itu memberi sedikit pengenalan dan kata-kata pembukaan kepada pengurus asrama puteri dan penerangan berkenaan dengan tujuan kedatangan kami ke Rumah Amal limpahan Kasih ini. Walaupun pada awalnya anak-anak yatim di rumah amal itu agak malu-malu dan segan dengan kami, mujurlah Syuq pandai memngambil hati dan membuat lawak dihadapan kanak-kanak itu agar mereka menjadi mesra dengan kami. Acara dimulakan dengan senam aerobik bersama-sama dengan kanak-kanak dirumah itu. Sewaktu acara hendak dimulakan, terdapat sedikit masalah yang kami hadapi iaitu anak-anak yatimyang berumur didalam linkungan 13-15 tahun yang boleh dikira sebagai remaja seperti tidak senang dengan kehadiran kami. Tetapi kami tidak mudah untuk berputus asa kami mencuab untuk mendekati mereka.

Antara aktiviti lain yang kami jalankan bersama-sama dengan anak-anak yang kurang bernasib baik ini ialah aktivit tutorial dan kerja berkumpulan. Dimana kami menyuruh mereka untuk mereka mencipta sorakan kumpulan dan juga nama kumpulan serta membentangkan kerja kumpulan yang telah kami berikan kepada mereka. Kumpulan aku menggunakan pendekatan yang sama digunakan oleh Dr Normaliza iaitu memberi tempoh selama 15 minit untuk melukis dan mencipta serta mewarnakan logo yang telah dicipta oleh kumpulan mereka. Dan akhirnya majlis pada petang itu diakhiri dengan majlis sambutan hari jadi bersama-sama dengan penghuni Rumah Amal Limpahan Kasih ini. Sesungguhnya aktiviti seperti ini memanglah agak memeritkan tetapi pengalaman dan pengajaran yang kami perolehi memang sukar untuk kami perolehi ditempat lain.

Tugasan kumpulan terakhir yang terpaksa aku buat bersama-sama dengan ahli kumpulan yang lain ialah mencari perkataan yang tersembunyi melalui kertas kuiz yang diberi oleh Dr Normaliza. Walaupun pada awalnya agak sukar untuk aku mencari seorang diri, tetapi dengan bantuan daripada rakan-rakan yang lain telah membantu aku untuk mendapatkan perkataan-perkataan yang digunakan sewaktu pembelajaran Bahasa Dalam Mulitiedia sepanjang 14 minggu yang kami perolehi dari khusus yang di ambil ini. Dan kumpulan aku telah mendapat mencari sebanyak 14 perkataan. Agak baik juga, kerana tidaklah terlalu banyak. Dan tidaklah terlalu sedikit. Aku ingatkan tiada lagi tugasan yang akan diberikan kepada kumpulan kami. Tiba-tiba diakhir kelas Dr Normaliza sekali lagi memberitahu kami untuk membuat laporan atau penceritaan yang di panggil sebagai ketika dan kalimat. Yang mana aku perlu menulis sebanyak 10 muka surat untuk menceritakan pengalaman dan apa yang aku perolehi kelas Bahasa Dalam Multimedia ini. Walaupun dari luar orang akan menganggap yang aku hanya belajar berkenaan dengan multimedia dan computer, tetapi bagi aku sebenatnya. Aku belajar lebih dari itu, yang mana aku belajar berkenaan dengan kehidupan, kawan-kawan, masa, dan pelbagai lagi perkara-perkara yang tidak pernah aku terduga akan aku perolehi melalui kelas ini.

Sesunggunya, dikesempatan ini aku ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Dr Normaliza dan juga Cik Aliya. Kerana bagi aku, kalian bukan sahaja mengajar aku berkenaan dengan pelajaran dan teori tetapi juga mengajar aku tentang kehidupan. Maafkan aku kiranya sikap aku kurang menyenangkan dirimu itu pendidikku. Diharap perhubungan ini akan terus berterusan dan bukan setakat disini sahaja. Sekian.






Nor Hafis Bin Haji Zakaria
134831

Wednesday, April 8, 2009

PeNYaNYi YaNG DiMiNaTI....!!!!!




PeNuLiS AkU InI JUGa SuKa SanGaT DeNGaN PeNyaNyI FAIZAL TAHIR...JaDi UnTuK TiDaK MenGHaMPaKAN Dr Normaliza Aku LeTakKAn JuGa StoRy FAizAl TaHir...HaRaP-HaRaP DaPAt A ye Dr NOrMAliZa?...HEEHHheehe






  • Faizal Tahir ialah seorang penyanyi Malaysia yang mula dikenali setelah menjadi naib juara musim pertama rancangan realiti One in a Million. Beliau merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, Mirwana, dan beliau juga seorang pengacara televisyen.


  • Kehidupan peribadi
    Faizal kini sudah beristerikan Raihanim Noran yang dikenali beliau di UiTM, dan rumahtangga mereka di Selangor diisi anak lelaki Mikaeel Zidane dan anak perempuan Siti Nur Raudhah.
    Faizal mendirikan sebuah studio bernama Home Suite Studio di Ukay Perdana, Ampang, di mana beliau menyumbang karya kepada artis-artis lain seperti Firdaus, Dayang Nrfaizah, Mirwana dan Rast.
    Pada awal pagi 14 Mei 2008, Faizal hampir lemas ketika menjalani penggambaran video muzik Sampai Syurga di sebuah pusat akuatik Shah Alam. Namun begitu, penggambaran dalam air itu berjaya disiapkan dengan selamat.[2][3]

    [sunting] Kontroversi
    Pada 13 Januari 2008, Faizal mengundang rasa tersinggung ramai pihak apabila menanggalkan baju dan tali pinggang beliau di atas pentas pada konsert ulang tahun keempat 8TV yang disiarkan secara langsung. Oleh itu, pihak 8TV mengambil tindakan tegas dengan memberi amaran keras kepada beliau dan mengehendaki beliau terlibat dalam kerja-kerja amal selama enam bulan. Di samping itu, dua hari selepas peristiwa itu, 8TV mengadakan sidang akhbar untuk Faizal memohon maaf kepada semua pihak yang berasa tersinggung oleh perbuatannya. Menurut beliau:

    Saya cukup teruja ketika membuat persembahan di pentas sekali gus ingin meraih perhatian penonton. Saya buat perkara itu hanya untuk berseronok dan tidak sangka tindakan saya disalah tafsir oleh semua. Bagaimanapun saya sangat menyesal atas perbuatan itu dan berjanji tidak akan mengulanginya.[4]

    Akibatnya, pada 19 Januari 2008, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata Faizal dilarang muncul dalam mana-mana rancangan televisyen swasta selama tiga bulan berkuat kuasa 15 Januari 2008, dan juga menggantung rancangan-rancangan siaran langsung dan tertunda berbentuk hiburan di 8TV selama tempoh yang sama.[5]
    Tidak lama selepas tempoh hukuman itu berakhir, Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin mengeluarkan bantahan terhadap pihak TV3 untuk membawa Faizal ke Konsert Jom Heboh yang diadakan di negeri tersebut pada hujung minggu pertama bulan Mei.[6]

    [sunting] Anugerah dan pencapaian
    Anugerah Planet Muzik 2008
    Artis Lelaki Baru Terbaik
    Artis Lelaki Paling Popular
    Anugerah Industri Muzik 15
    Persembahan Vokal Terbaik dalam Album (Lelaki)
    Artis Baru Terbaik
    Album Rock Terbaik
    Album Terbaik
    Anugerah Juara Lagu 23
    Persembahan Terbaik (Sampai Syurga)
    Vokal Terbaik (Sampai Syurga)
    Juara Kategori Balada (Sampai Syurga) http://www.youtube.com/watch?v=ANDcPHNGtM8




BuaT PeMBaCa SeMuA....NaNTi Ada MaSa JuMPa LaGi...PeNaTLaH....ByEEE





--SeMiNaR, WoRkShoP, PeMBeNTaNGaN,.....?

MaNTaN KePaDa PenGeTua KoLeJ Ke-2 Ini...TeLaH BanYaK MenGhaDiRi BenGKeL DaN SeMiNaR-SeMiNaR DiSeRaTa DuNia....AkU KeNaL DenGaN DoKTor NorMaLiZa PuN DiSeBaBKan AuTisMe...IaLAh Dr Normaliza PaKaR KanAk-KanAk AuTiSMe...WaKtU ItU Aku NaK BuaT DoKuMeNTaRi AuTiSMe....DaH KeNaL BaRu TaHu BesTnyeR Dr NorMaLiZA...


BeNKeL/SEMiNaR/KoLiKIuM



Professional Proof Reader (London, UK)-2001
Public Relation - Customer Service (Nottingham, UK)-2001
Human Communication - (Nottinghamshire, UK)-2001
Human Communication 2 - (Nottinghamshire, UK)-2002
Human Communication 3 - (Nottinghamshire, UK)-2003
Information Communication Technology - (Nottingham, UK)- 2001
Information Communication Technology 2 - (Nottingham, UK) - 2002
Counselling (Nottingham, UK)-2001
Counselling for School Children (Nottingham, UK)-2002
Counselling for Adults (Nottingham, UK)-2002
Team building (Nottinghamshire, UK)-2002
Self-Esteem (Nottingham, UK)-2002
Assertiveness (Nottingham, UK)-2002
Motivation in Learning (Nottinghamshire, UK)-2002
Motivation in Everyday Lives (Nottingham, UK)-2002
Child Development (Nottingham, UK)-2002
Certificate in Information Technology(IT) ‘CLAIT’-2002
(Oxford Cambridge)
Certificate in Information Technology(IT)-2002
(London)
Progression in Phonics (Nottingham, UK)-2002
Teaching Mathematics in Key Stage 1(Nottingham, UK)-2003
Special Educational Needs Children (Nottingham, UK)-2003
Autism - Key Stage 1 and 2 (Nottingham, UK)-2004
How to Handle Dyslexic Children (Nottingham, UK) -2004
Teaching Autistic and Dyslexic Children-(Nottingham, UK)-2004
Teaching Teacher Assistants (Nottingham, UK)-2004
Inclusion Conference (Nottingham, UK)-2004
ICT support pupils with Dyslexia (Nottingham, UK)-2005
Moving on to Clicker 4 (Nottingham, UK)-2005
‘Clicker 4’ for Teaching English (Nottingham, UK)-2005

--KeBoLeHaN & KePaKaRaN PeNuLiS--

BaHaGiAN Ini PuLa IALAh KePaKAraN Dr Normaliza. NaK Tau Ker?...
teNGoKLaH KaT BaWaH Tu:-



- Undergraduate dissertation
- Special Educational Needs
- Pre- School Education
- Primary Education - Literacy and Numeracy
- Human Communication
- Motivation

MaJaLAH--BuKu--MaJaLaH..







Selain banyak menulis journal....Dr NorMaLiza JuGa banyak menulis untuk majalah, surat Khabar Dan bermacam2 bahan untuk pembacan tau!!...Di Bawah ini adalah senarai majalah yang pernah
No.
Name of Writer(s)
Category of Outcome
Year Published
1
Mohd Shatar Sabran, Normaliza Abd Rahim dan rakan-rakan.

Modul Ketrampilan Graduan Finishing School. Versi 2 Pusat Kokurikulum UPM.
2008
2
Mohd Shatar Sabran, Normaliza Abd Rahim dan rakan-rakan.

Modul Ketrampilan Graduan Starting School. Pusat Kokurikulum UPM.
2008
3
Dr Normaliza Abd Rahim/Dr Nik Rafidah Nik Affendi/Dr Zaitul Azma Zainon Hamzah
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah
Adakah Kata-kata Pujian Itu Penting
2008
4
Dr Zaitul Azma Zainon Hamzah/Dr Normaliza Abd Rahim
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah
Bahasa dalam Pendidikan Kanak-kanak
2008
5
Dr Normaliza Abd Rahim
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah
Belajar Melalui Pengalaman
2008
6
Dr Normaliza Abd Rahim/Dr Nik Rafidah Nik Affendi/Dr Zaitul Azma Zainon Hamzah
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah
Bermain Menyanyi Bercerita dan Berlakon
2008
7
Dr Normaliza Abd Rahim/Dr Zaitul Azma Zainon Hamzah/
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah
Bimbingan Berbahasa
2008
8
Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi/Arba’ie Sujud/Normaliza Abd. Rahim
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah
Cerita Binatang Merangsang Minda Kanak-kanak
2008
9
Dr Normaliza Abd Rahim
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah
Imaginasi Dalam Pembentukan Realiti
2008
No.
Name of Writer(s)
Category of Outcome
Year Published
10
Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi/Normaliza Abd. Rahim/Arba’ie Sujud
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah
Kesusasteraan Realistik Kanak-kanak
2008
11
Dr Normaliza Abd Rahim/Dr Nik Rafidah Nik Affendi/Dr Zaitul Azma Zainon Hamzah
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah
Menangani Masalah Anak-
2008
12
Dr Normaliza Abd Rahim/Dr Nik Rafidah Nik Affendi/Dr Zaitul Azma Zainon Hamzah
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah
Minat Membaca Melalui Terapi Bercerita-
2008
13
Dr Normaliza Abd Rahim/Dr Nik Rafidah Nik Affendi/Dr Zaitul Azma Zainon Hamzah
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah
Membaca dan Bercerita untuk Kanak-Kanak
2008
14
Dr Normaliza Abd Rahim/Dr Zaitul Azma Zainon Hamzah
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah
Mengenali Kanak-kanak Autisme
2008
15
Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi/Normaliza Abd. Rahim/Arba’ie Sujud
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah
Pembentukan Moral dalam Cerita Kanak-kanak
2008
16
Dr Normaliza Abd Rahim
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah
Bercerita Melalui Permainan Oleh Kanak
2008
17
Dr Normaliza Abd Rahim
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah
Kanak-Kanak Membuat Kerjarumah



2008
No.
Name of Writer(s)
Category of Outcome
Year Published
18
Dr Normaliza Abd Rahim
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah
Pemupukan Penggunaan Bahasa Yang Betul dalam Kalangan Kanak-kanak

2008
19
Dr Normaliza Abd Rahim
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah
Kanak-Kanak Pandai Berkata-Kata
2008
20
Dr Normaliza Abd Rahim
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah
Kata Kerja Melalui Lagu
2008
21
Dr Normaliza Abd Rahim
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah
Membawa Kanak-Kanak Ke Pasar
2008
22
Dr Normaliza Abd Rahim
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah
Cerita Sosial dalam Kalangan Kanak-kanak Autistik
2008
23
Dr Normaliza Abd Rahim
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah
Tahap Kefahaman Kanak-kanak Terhadap Teknik Bercerita
2008
24
Dr Normaliza Abd Rahim
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah
Muzik Membawa Kelincahan Kanak-Kanak
2008
25
Dr Normaliza Abd Rahim
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah
Menilai Kemahiran Melukis Kanak-kanak Pra Sekolah
2008
No.
Name of Writer(s)
Category of Outcome
Year Published
26
Dr Normaliza Abd Rahim
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah
Mendidik Kanak-kanak Melalui Teknik Penceritaan Semula
2008

PROFESIONAL SERVICES menyiarkan hasil karya Dr Normaliza....jom tengok kat bawah ini.....

JouRNaL-JouRNaL







Apabila dah bercakap pasal penulis...Sudah tentulah Dr Normaliza ini Byk MeNuLis...Kalaui Aku NaK LeTaK SeMuA MeMaNGLaH BaNyAK....Di BaWaH Ni BeBeRaPa HaSiL KeRJa Dr Normaliza Abd RaHim Di PeRinGKaT AnTaRaBaNGSA....JoM TeNgOK... :-






1. Normaliza Abd Rahim and Nik Ismail Harun
(2006) First We Imagine Then We Collaborate: An
Insight With Autistic Children. Jurnal Gading. Vol. 10:
2006.

2. Zaitul Azma Zainon Hamzah and Normaliza
Abd Rahim (2006). “Speech Amongst Malay
Children: An Insight of Living and Maturity”. Journal
of Pan-Pacific Association of Applied Linguistics. Vol.
10: No. 2.

3. Normaliza Abd Rahim and Zaitul Azma Zainon Hamzah (2006) To Collaborate and Not to Collaborate: An Imaginative Learning Approach. Journal of Pan-Pacific Association of Applied Linguistics. Vol. 10: No 2.


2007

4. Normaliza Abd Rahim, Zaitul Azma Zainon
Hamzah, Normahdiah Sheik Said, Norizan Che Su
(2007) An Imaginative Learning Approach to Using
the Computer: An Insight with the Special Needs
Children. The International Journal of Learning.Vol:
14 No 3. pp 1-8

5. Normaliza Abd Rahim and Zaitul Azma
Zainon Hamzah (2007) Interaction Pattern Amongst
Asperger Children. UK-Cognitive Linguistics
Association. Vol: 7 No 1.

6. Zaitul Azma Zainon Hamzah and Normaliza
Abd Rahim (2007) Interruptions in the
Conversations Amongst Malay Children: A Pragmatic
Analysis. UK-Cognitive Linguistics Association. Vol:7
No 2.

7. Normaliza Abd Rahim and Nik Ismail
Harun (2007) The Learning Styles of the Special
Needs Children Using Pictures and Storyboard
Writing: A Case Study. Jurnal Gading. Vol 11: 2007.

8. Normahdiah Sheik Said, Zaitul Azma Zainon
Hamzah, Normaliza Abd Rahim dan Norizan Che
Su (2007) Komuniti Maya? Antara Maya dan Realiti.
Kesinambungan dan Pemantapan Bahasa di Asia
Tenggara. Antologi Makalah Persidangan Linguistik
Asean IV. Pp. 448-452.

9. Zaitul Azma Zainon Hamzah, Normaliza
Abd Rahim, Normahdiah S. Said and Norizan Che
Su (2007) The Inclusion of Semantic and Pragmatic
Approach in the Teaching and Learning of the Malay
Language: Semantic and Pragmatic. The
International Journal of Learning. Vol 14: No 3. pp
115-126


2008

10. Arbaie Sujud, Normaliza Abd Rahim, Ibrahim Salleh, Zaitul Azma Zainon Hamzah and Norlida Alias. (2008). We can Design too: An Insight with a Group of Students at Universiti Putra Malaysia. Journal of the World Universities Forum, Volume 1, Issue 3, pp.81-88.
11. Normaliza Abd Rahim, Siti Nur Aliaa Roslan, Aiman Mustaqim Roslan, Arbaie Sujud and Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2008) Conversational Styles and Gender: Analyzing Informal Conversation Amongst Students and Lecturers at Universiti Putra Malaysia. Journal of the World Universities Forum, Volume 1, Issue 3, pp.9-18.
12. Normaliza Abd Rahim, Ibrahim Salleh, Arbaie Sujud
and Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2008) Breaking the Silence:
ICT and the Elderly in Malaysia. Journal of the World
Universities Forum, Volume 1, Issue 2, pp.125-128.
13. Zaitul Azma Zainon Hamzah dan Normaliza Abd Rahim (2008). Penggunaan Gambar dalam Pembelajaran Bahasa. Cendekia: Kumpulan Esei Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu. Pp 91-103.
14. Normaliza Abd Rahim dan Zaitul Azma Zainon Hamzah (2008) Kiasan Melayu Sebagai Khazanah Bangsa Melayu. Cendekia: Kumpulan Esei Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu. Pp120-131.
15. Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi, Normaliza Abd Rahim dan Arbaie Sujud (2008) Perubahan dan Tradisi dalam Novel Ruang Perjalanan Karya S. Othman Kelantan. Cendekia: Kumpulan Esei Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu.pp 165-173.
16. Abdul Rahim Abdullah dan Normaliza Abd Rahim (2008) Bahasa Melayu, Kewibawaannya Dulu, Kini dan Cabaran Masa Depan. Siri Monograf. Pengajian Bahasa Melayu. Isu-Isu Bahasa. JBM, FBMK, UPM. Pp 71-82
17. Rosni Man dan Normaliza Abd Rahim (2008) Bahasa dan Pembinaan Insan. Siri Monograf. Pengajian Bahasa Melayu. Isu-Isu Bahasa. JBM, FBMK, UPM. Pp 156-163
18. Normaliza Abd Rahim, Arbaie Sujud, Zaitul Azma Zainon Hamzah and Ibrahim Salleh. (2008) Designing the Blog: A Study with the Social Science Students at Kuala Lumpur Infrastructure University, Malaysia. Journal of the World Universities Forum
Volume 1, Issue 5, pp.75-82.

19. Mohd Shatar Sabran, Normaliza Abd Rahim dan rakan-rakan. (2008) Modul Ketrampilan Graduan Finishing School. Versi 2 Pusat Kokurikulum UPM.

20. Mohd Shatar Sabran, Normaliza Abd Rahim dan rakan-rakan (2008) Modul Ketrampilan Graduan Starting School. Pusat Kokurikulum UPM.

21. Zaitul Azma Zainon Hamzah, Normaliza Abd Rahim, Norizan Che Su, Ahmad Azmi Ahmad Nordin, Siti Zobidah Omar, Arbaie Sujud and Ahmad Fuad Mat Hassan (2008) Communication of Culture through Malay Quatrain. International Journal of the Humanities, Volume 6, Issue 4, pp.135-142.

22. Zaitul Azma Zainon Hamzah, Normaliza Abd Rahim, Norizan Che Su, Ahmad Azmi Ahmad Nordin, Ahmad Mahmood Musanif (2008) Culture Conflict Amongst Malaysian Children. International Journal of Interdisciplinary of Social Science. Vol:3, Issue 4. pp 45-52.



23. Normaliza Abd Rahim, Arbaie Sujud, Zaitul Azma
Zainon Hamzah, Yazariah Yacub. (2008) Digital Pictures to
Enhance Storytelling amongst Special Needs Children.
International Journal of the Humanities, Volume 6, Issue 4,
pp.1-8.

24. Roslina Mamat and Normaliza Abd Rahim (2008)
Discourse Communication in Japanese Language among
Malaysian Tourist Guides. The International Journal of
Learning, Volume 15, Issue 4, pp.121-128

25. Normaliza Abd Rahim, Arbaie Sujud, Zaitul Azma
Zainon Hamzah,Siti Zobidah Omar and Norizan Che Su (2008).
Interaction Pattern in a Language Classroom amongst Special
Needs Children. International Journal of the Humanities,
Volume 6, Issue 4, pp.9-16.

26. Zaitul Azma Zainon Hamzah, Normaliza Abd
Rahim, Norizan Che Su, Ahmad Azmi Ahmad Nordin, Ahmad
Mahmood Musanif (2008) Language and Culture Conflict in the
Conversation amongst Malaysian Children. International
Journal of the Humanities, Volume 6, Issue 5, pp.147-154.


27. Normaliza Abd Rahim, Arbaie Sujud, Zaitul Azma
Zainon Hamzah, and Yazariah Yacub. Music Therapy:
Storytelling Amongst Special Needs Children. International
Journal of Interdisciplinary Social Sciences, Volume 3, Issue
5, pp.27-34.

28. Nik Rafidah Nik Affendi and Normaliza Abd Rahim
(2008) Novels as Reflections of Cultural Life in Malaysian
Society. The International Journal of Learning, Volume 15,
Issue 4, pp.129-134.

29. Normaliza Abd Rahim, Zaitul Azma Zainon
Hamzha, Arbaie Sujud, Norizan Che Su and Siti Nur Aliaa
Roslan (2008) Silence Amongst the Elderly in Malaysia: ICT
and the Elderly. Journal of Interdisciplinary of Social

KeJaYaAn DeMi KEJaYaAN.......


Prof. Dato' Dr. Zohadie Bardaie' ( Gambar di atas )iaitu mantan naib canselor UPM adalah merupakan idola kepada Dr Normaliza...Kerana penulis menyatakan bahawa sikap dan personaliti yang ditunjukkan oleh mantan naib canselor ini sangatlah bagus...komited dengan kerja....personaliti yang baik....dan seorang yang menetapi masa...Sebab itu penulis pilihan aku ini....iaitu Dr Normaliza akan marah kalau ada student yang dtg lambat ke kelas....hehheheheh
Ini Pula ialah kepakaran Dr Normaliza sehingga sekarang...Banyakka? :-

Instructional Design, ICT, Sociolinguistics, Human Communication, TESL (Rekabentuk Pengajaran, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Sosiolinguistik, Komunikasi Kemanusiaan, Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua)

--BiODaTa PeNuLiSKu--


HyE SeMuA...BaIKLaH SeKaRanG InI..BaRuLah AkU NaK MaKLUMkaN BeRKeNaAn DengAn BiODaTa PeNuLiS AkU Ni...



Dr Normaliza Abd Rahim ini sebenarnya adalah bekas pelajar TESL di UPM sendiri tau...Tapi waktu itu UPM masih lagi dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia..COOLkan?...Dah lama tu...kira otai ler Dr Normaliza ni..Dari sekolah Convent Kajang dapat pula sambung belajar di Fakulti Pengajian Pendidikan di UPM...dalam tahun 1990-an....Dr Normaliza ini juga kawan-kawan pernah menjadi guru dan juga instructor designer dan guru tau...Tapi Dr cakap yang beliau tak berapa suka kerja khusus pada suatu bidang sahaja...Jadik Dr menyambung Master In Technology....Juga pada tahun 1990an...Juga master di buat di Fakulti yang sama iaitu di Fakulti Pengajian Pendidikan....WAhhh...Produk UPM...selepas itu pula Dr Normaliza ambil PhD di United Kingdom...PErghhhh....lagi ler best.....Dr Normaliza buat PhD dalam Teknologi, Bahasa, Sastera, Dan Komunikasi....Banyaknya cabangkan?....Sebab kalau korang nak tahu....penulis aku ni suka belajar banyak perkara...kerana beliau menyatakan diri beliau perlu tahu semua perkara untuk menjadi orang yang berjaya....perggh...baguskan?....PhD di United Kingdom...di University Nottingham.....sambil buat PhD banyak juga diploma dan sijil2 tambahan yang diambil oleh Dr...kebanyakkan nya berteraskan Kanak-Kanak...bestkan?...hmmm....seronoknya...


----InILaH PeNuLiS PiLiHaNKu----


PENULIS PILIHANKU…


Hai kawan…kita berjumpa lagi ye ?...Akhirnya ada juga kesempatan untuk kita berjumpa lagi…Baiklah kalau korang semua nak tahu…Nama penuh bagi penulis pilihan aku ialah Dr Normaliza Binti Abd Rahim..Beliau dilahirkan pada 07/10/1961…Beliau ini telah dibesarkan di Kajang Selangor Darul Ehsan…
Wahhh !!! dekat rupanya dengan Universiti Putra Malaysia rupanya..Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Convent Kajang ( Ramai awek-awek cun sekarang tau )…Selain itu juga…Penulis yang dipilih oleh aku ni, pada masa lapang suka sangat shopping dan menonton wayang..Pernahlah sekali tu, waktu nak interview Dr Normaliza ni dengan kawan aku..Tiba-tiba ada tailor datang ke bilik beliau…tunggu punya tunggu barulah dapat interview…Suka fesyen juga penulis aku ni tau hehehehe…


PERHATIAN !! PERHATIAN !! PERHATIAN !!

Hye…kita berjumper lagi dalam blog aku ni…sekarang ni baru ada masa sikit nak tulis panjang…maklumlah kebelakangan ini busy sangat dengan thesis dan assingment2 …yang lain…kalau sebelum ini aku ada cakap dengan korang semua yang aku nak buat assignment ni nak pilih penulis Tuan Haji Arbak…tetapi disebabkan masa yang tidak mengizinkan aku buat Dr NorMaliza sahaja….

Tapi kali ini aku nak ceritakan secara umum dulu berkenaan dengan penulis pilihan aku ini…. Kalau korang semua nak kenal dengan lebih dekat lagi kena bacalah sampai habis blog aku ni…Jomm….kita mulakan sekarang ok ?.....Nama penuh penulis pilihan aku ni ialah Dr NorMaliza Binti Abd Rahim, beliau ini juga merupakan seorang pensyarah di Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi, di bawah Jabatan Bahasa Melayu. Kiranya penulis ini yakni Dr Normaliza juga menjadi pensyarah aku untuk kelas Seni Lakon dan Bahasa Dalam Multimedia…Kiranya semester terakhir aku di UPM ni dua kelas tau aku ambil dengan penulis ini..

Kalau korang semua nak tahu…pada mulanya memang takut bila pertama kali aku hendak ambil kelas penulis ini…Tapi di sebabkan nak A punya pasal aku redah ajer..Ehh….Larik tajuk pulak aku ni….baiklah kalau korang semua nak kenal dengan lebih dekat lagik dengan penulis PILIHAN HATIKU….hahahha….kena baca lagi ler apa yang aku nak tulis nanti….nak rehat kejap….byee…..jumpa lagi….Tunggu tau !!!


Thursday, March 26, 2009

-MuKaDiMmAH MuNaWaRaH-




HaRi InI IaLah HaRi PeRTaMa AkU BeLaJaR bERKeNaAn DenGaN BloG..Ok LaH...TaK LeR SuSaH SanGaT..NaSiB BaiK CiK AleEYa ( NaMa ArTis Tu... ) YanG SuRuH BuaT, KaLau TaK AMiK KeLaS Ni..SaMPaI GraDuaTiOn DaY PuN akU TaK TaU PaSaL blOG...WaLaU Si MiNaH ReMPiT ED tu DaH TaHu LamER PaSaL BlOg...JaDiK KaLau KoRaNG NaK TaHu..DaLam AsSingMenT Nie....AkU KeNa PiLih SaTu PeNuLis...AkU PiLiH ProfesOr MaDya TuaN HajI ArBaK...DieR MeManG CoOL oRanGnYeR...KaLAU KoranG SemuA NaK KnaL...BaCaLaH PoSt PeRTaMa DaLAm HidUP aku Ni SaMPAi AbIs...TeNGoK LaH.....